KAJANG – Usaha pemantapan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) terus dipertingkatkan bagi mencapai tahap pengiktirafan Proses Akreditasi Kebangsaan yang diiktiraf Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag).
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, langkah itu penting untuk membentuk sebuah pasukan elit yang mempunyai tahap kemahiran tinggi.