Isu beratur panjang di kaunter daftar masuk khususnya untuk rakyat Malaysia seakan menemui titik penghujung melalui pengenalan lorong imbasan QR pada bulan ini. Bagaimanapun, mereka dikehendaki memuat turun aplikasi MyBorderPass terlebih dahulu bagi tujuan mendaftar maklumat perjalanan.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan bahawa aplikasi boleh dimuat turun melalui App Store dan Google PlayStore. Proses juga perlu dilakukan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam masa sama pengguna perlu membuat pengesahan wajah bagi proses pengesahan sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.