PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping di Kompleks Seri Perdana di sini pada Rabu.
Jinping dan delegasinya tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri itu pada 5.05 petang, dengan disambut mesra oleh Anwar, dan ia kemudiannya disusuli dengan persembahan kebudayaan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).