KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kebangkitan politik yang luar biasa dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam hantaran di Facebook dan X, Anwar berkata, babak baharu ini membawa peluang yang diperbaharui dan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan kerjasama, optimisme, dan matlamat bersama.