PARIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Perancis untuk memulakan lawatan rasmi sulung ke negara itu.
Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Pavillon d’Honneur Orly pada 4.10 petang (10.10 malam waktu Malaysia) dari Rom usai lawatan tiga hari Perdana Menteri di sana.