SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat praktikal melaksanakan lantikan politik dalam badan berkanun dan berkaitan kerajaan (GLC) dengan hanya memberikan jawatan dan kedudukan kepada individu berkelayakan.
Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, perkara itu memberi kesan baik kepada ekonomi negara kerana tidak mengalami pembaziran dalam pembayaran gaji malah berbaloi berikutan ia diberikan kepada individu sepatutnya.