KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjunjung nilai etika dan semangat kekeluargaan dalam memilih barisan kepimpinan baharu pada pemilihan parti berkenaan bulan depan.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, proses Pemilihan PKR 2025 harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika serta menjauhi budaya memecahbelahkan.