LONDON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis melawat Battersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.
Ketibaan Anwar, yang berada di sini dalam lawatan kerja selama lima hari ke United Kingdom, disambut oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad.