PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan malam bersempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping di Seri Perdana di sini.
Jamuan itu menyusuli pertemuan antara Anwar dan Jinping, yang menyaksikan kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.