PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pemimpin dunia agar segera menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, sambil menyifatkan tragedi yang sedang berlaku sebagai ujian terhadap nilai kemanusiaan sejagat.
Beliau berkata, pembunuhan kejam terhadap keluarga Palestin termasuk kanak-kanak dan bayi yang mati kelaparan akibat kekurangan makanan dan bantuan kemanusiaan merupakan pelanggaran terhadap nilai moral paling asas.