Memiliki wajah seperti pelakon Bollywood, Anwaar Beg Moghal tidak menyangka terpilih untuk membawakan watak sebagai Inspektor Sahab dalam filem ikonik superhero negara, Keluang Man.
Menyifatkan perkara itu sebagai rezeki, Anwaar turut berkongsi perasaannya apabila terlibat dengan projek mega tersebut.
“Alhamdulillah ini merupakan projek besar untuk saya. Pengalaman sewaktu penggambaran bagi saya sangat best dan mengujakan, banyak babak aksi yang dilakonkan.