Setelah sekian lama, tak salah dikatakan bahawa filem Top Gun: Maverick merupakan antara filem yang dinantikan pada tahun ini dan berita baik untuk anda, ia sememangnya berbaloi!
Berkesempatan menonton tayangan perdana di pawagam IMAX TGV, penulis berasa begitu terhibur melihat aksi jet-jet pejuang yang sedang mengejar antara satu sama lain dan seolah-seolah kita turut ikut berperang bersama.