MASYARAKAT kita sememangnya begitu terkenal dengan pelbagai majlis keraian mahupun kenduri.
Bukan sahaja kenduri kahwin, adakalanya segelintir orang turut melakukan majlis pertunangan. Begitu juga dengan majlis tahlil, kenduri arwah, doa selamat, kenduri berangkat ke Makkah, ‘naik’ rumah baharu dan sebagainya.