Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bermula hari ini.
Perkembangan itu diumumkan yang memaklumkan Anita Azrina akan menjawat jawatan itu bagi penggal 2025-2027 dengan harapan menjadikan Bandar Sukan KL di Bukit Jalil satu destinasi untuk sukan dan rekreasi bertaraf dunia.