SUNGAI BULOH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk bantuan sempena bulan Ramadan di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, antara bantuan yang disalurkan pada bulan Ramadan menerusi program ‘CoopCare Rezeki Ramadan’ adalah mengagihkan bakul makanan kepada golongan memerlukan, menyediakan juadah berbuka puasa kepada pengamal media serta menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid.