TEMERLOH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memohon peruntukan sebanyak RM6 juta kepada kerajaan bagi melaksanakan Jualan Rahmah Madani Angkasa tahun depan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah itu dapat memberikan lebih banyak peluang dan ruang untuk koperasi di negara ini menjana pendapatan melalui penjualan produk masing-masing.