JAKARTA – Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat, Sarjan Segar Maulana terbunuh dalam satu insiden serangan oleh kumpulan pemisah bersenjata di Kepulauan Papua pada Isnin.
Mangsa yang bertugas sebagai anggota kesihatan di Markas Komando Daerah Militer (Kodim) 1715/Yahukimo ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar bekalan ubat dari Hospital Umum Daerah (RSUD) Dekai ke markas tentera.