GEORGE TOWN – Anggota polis yang parah akibat tertembak diri sendiri dalam kejadian petang Selasa lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Am Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, anggota berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.12 petang Khamis.