KAJANG – Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras di sini, pada Selasa, akibat saluran jantung tersumbat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang anggota polis yang memaklumkan rakan setugasnya telah meninggal dunia pada jam 11.59 pagi.