HULU SELANGOR – [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.
Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit di sini antara 10 hingga 15 Julai lalu.