AMPANG JAYA – Anggota polis yang tular dalam rakaman perbualan yang didakwa mengaibkan seorang wanita pada Jumaat lalu, telah dikeluarkan dari penugasan sedia ada.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan susulan sedang dijalankan berhubung kejadian.