Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee baru-baru ini mendedahkan berat badannya kini hanya 46 kilogram berbanding 60 kilogram sebelum ini dan penurunan mendadak ini disedari ketika beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas mengalami keracunan makanan.
Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile (34), proses penurunan berat badan ini bukanlah berlaku secara tidak sengaja sepenuhnya. Sejak tahun lalu, pelantun lagu ‘Donde’ itu memang berusaha mengamalkan diet sehingga penampilannya menjadi topik bualan ramai yang menyangka dirinya menghidap penyakit serius.