KUALA LUMPUR – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) sekali lagi memeriahkan pameran MATTA Fair yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur 18 hingga 20 April ini.
Sebagai peserta tetap, Andalusia hadir dengan pelbagai tawaran istimewa yang direka khas bagi memenuhi impian orang ramai untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah serta destinasi pelancongan menarik lain.