< Kembali

Anda Kini Boleh Mencari Sesuatu Dengan Merakam Video Menggunakan Google Lens

Teknologi
AMANZ
282 Hari

Google kini menawarkan pelbagai kaedah untuk pengguna mencari sesuatu di web. Semuanya berasaskan enjin carian Google Search, tetapi pada telefon pintar penggunaan paling menarik adalah melalui Circle to Search. Asas kepada teknologi kaedah ini adalah Google Lens, dan Google Lens baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan carian yang pada saya menarik dan unik.

Google Lens kini membenarkan anda merakam video pendek untuk melakukan carian. Hasil carian pertama adalah ringkasan oleh Search Labs | AI Overview yang cukup bagus dalam mengenalpasti objek, jenama dan kategori. Maklumat berikut adalah hasil carian Google biasa dengan pautan ke pelbagai laman web. Menarik dengan kaedah ini, ketika merakam video pengguna perlu menyebut sekali soalan atau prom carian yang ingin dilakukan. Ia seakan versi ringkas ciri carian video berbual dengan chatbot AI.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI