Ini mungkin satu perkara yang mengejutkan untuk semua. Google Photos akhirnya bermula minggu ini baru mengedarkan sokongan untuk menterbalikkan imej. Ya, ciri asas yang sudah lama tersedia dalam banyak aplikasi suntingan gambar – baru tahun ini 2025 diperkenalkan pada Google Photos.
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya. Untuk menterbalikkan imej, anda perlu pilih mana-mana imej (video tidak disokong, imej dengan kesan Live boleh), tekan ikon sunting, pilih pangkas (crop) dan tekan ikon flip.