SHAH ALAM- Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha mengurangkan kesan buruk plastik terhadap alam sekitar selaras dengan komitmen terhadap kelestarian bumi.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-pengguna Standards Malaysia, Saral James Maniam berkata, setiap 5 Jun dunia menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia dan tahun ini temanya cukup jelas iaitu ‘Atasi Pencemaran Plastik’, dengan Korea Selatan menjadi tuan rumah sambutan 2025.