Walau berjaya dan memiliki empayar perniagaan sendiri namun Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee tak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih kepada kedua-dua ibu bapa. Dia bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi dan terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa sosok ibu dan ayah.
Genap berusia 26 tahun pada 26 Julai lalu, Asyalliee makin aktif mengurus perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group. Kalau arwah ibu dan ayahnya masih ada pasti mereka bangga mempunyai anak yang bukan hanya berjaya dalam kerjaya.