KOTA BHARU – Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand di sini menjadi ‘pusat hiburan’ kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Rakyat Kelantan hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram yang ada untuk berhibur di sana, selain dipercayai menikmati ‘sajian’ dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan.