“Anak-anak mak dibesarkan penuh kasih sayang, tak jumpa sehari rasa rindu” itulah antara ungkapan ibu kesayangan kepada Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, Normah Damanhuri.
Pelakon veteran itu dipuji dek kerana hubungan akrab antara anak-anaknya. Ibu kepada lima anak iaitu Uji, Rose Azlin (Kak Nona), Lydia, Liana (Kak KM) dan Ahya akui dia sendiri sangat menjaga tutur bahasa ketika berbicara dengan anak-anak. Malah sejak kecil dirinya juga tidak membahasakan perkataan ‘aku’ pada anak-anaknya.