Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mengimbas kembali kenangan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu kecil.
Shahida menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkata sebagai seorang ibu, dia sendiri merasakan anak-anaknya semakin cepat membesar.
Malah, anak sulungnya, Ammar kini sudah bersedia untuk mengambil ujian memandu.