SHAH ALAM – Perkongsian seorang wanita mengenai hubungan akrab anak lelakinya dengan bekas pengasuh berbangsa India ketika berbuka puasa di Dataran Merdeka baru-baru ini telah mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video tular yang dikongsi oleh Shaidatul Naqiyah Mohamad Abdullah, 26, di akaun TikTok miliknya, @shidaabdul_, kelihatan anaknya, Muhammad Adam Mikhael, 2, begitu teruja menyambut kehadiran bekas pengasuhnya yang dikenali sebagai Amma dan Akka untuk berbuka puasa bersama.