Jambangan bunga yang diterima penyanyi Amira Othman ketika sedang dirawat di hospital baru-baru ini mencetus perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila diketahui pemberian tersebut datang daripada pelakon popular, Fattah Amin.
Menjawab spekulasi berhubung perkara itu, Amira mengakui menerima bunga daripada Fattah namun menegaskan tidak wujud sebarang hubungan istimewa antara mereka.