AMD baru-baru ini telah melancarkan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 9800X3D mereka yang tampil dengan penambahan memori 3D V-Cache yang dilihat membantu khususnya dalam membolehkan golongan gamer untuk mendapatkan nilai FPS yang lebih tinggi dan secara langsung menjanjikan pengalaman gaming yang lebih baik.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa AMD nampaknya berminat untuk menambahkan memori 3D V-Cache ini kepada lebih banyak produk lagi, khususnya CPU kelas workstation AMD Ryzen Threadripper dan juga cip pemprosesan APU mereka yang secara lazimnya diperlihatkan dalam binaan komputer berkuasa rendah.