BESUT – Keluarga kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman berharap agar individu yang mengambil tanah pusara anak mereka tampil memohon maaf serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.
Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, tindakan mengambil tanah dari kawasan kubur untuk tujuan tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan khurafat dan syirik yang merupakan dosa besar dalam Islam.