SHAH ALAM – Kerajaan digesa mewujudkan sebuah kerangka undang-undang baharu yang lebih berkesan untuk membendung kes buli di negara ini dengan mengambil iktibar kes kematian tragis Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, sebarang usaha yang ingin diambil tanpa adanya peruntukan undang-undang lebih berkesan tidak akan membawa sebarang kesan positif.