Pemantauan kesihatan tidak lagi terhad kepada jam tangan, gelang tangan atau cincin pintar semata-mata. Kini semakin banyak peranti pintar baharu diperkenalkan ke pasaran dengan ciri pemantauan kesihatan yang setanding. Jika sebelum ini terdapat peranti seperti Garmin Index Sleep Monitor, terkini Amazfit pula memperkenalkan Helio Strap sebagai satu alternatif moden yang mudah digunakan.
Helio Strap ialah aksesori pintar yang menyerupai jam tangan tetapi direka tanpa skrin. Peranti ini sangat ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Ia berfungsi unntuk menjejak proses pemulihan tubuh serta merekod data berkaitan kesihatan secara berterusan seperti kadar degupan jantung dan corak aktiviti harian.