KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).