SEREMBAN – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Surita Budin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh yang dikenali sebagai PU Azman, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.