PUTRAJAYA – Penyanyi Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, bulan lalu.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin M Kunasundary dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.