KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen di sini, atas dua kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dikenakan hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, membenarkan rayuannya supaya dikenakan semua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh 27 September 2024.