IPOH – Pas digesa tampil memohon maaf secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, susulan penyebaran satu karikatur yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara serta dua negara jiran, Thailand dan Kemboja.
Pengarah Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, sehingga hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu masih membisu tanpa sebarang rasa kesal atau permohonan maaf berhubung tindakan tersebut.