KUALA LUMPUR – Urusetia Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali yang tular di media sosial hari ini.
Urusetia Alumni PTD dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima pertanyaan mengenai dakwaan kematian Abdul Halim yang juga Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) sejak semalam hingga pagi ini, dan mengesahkan berita itu tidak benar.