KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini menjelang sambutan Aidiladha, esok.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik ke Pantai Timur dan menghala ke selatan dari ibu kota masih lancar setakat jam 10 pagi tadi, namun dijangka sesak menjelang tengah hari ini.