Pelakon Ako Mustapha berkongsi berita duka apabila memaklumkan ibu mentuanya, Hajah Santanina telah pergi mengadap Illahi di Hospital Kuala Lumpur akibat COVID-19, petang Khamis.
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, berkongsi berita pemergian itu menerusi laman sosial, Facebook (FB) miliknya.