Penyanyi dangdut popular Indonesia, Via Vallen atau nama sebenarnya Maulidia Octavia telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Chevra Yo yang merupakan vokalis kumpulan band Papinka. Hal tersebut telah disahkan apabila kedua-dua mereka memuat naik gambar di akaun Instagram masing-masing.
Walaupun baru memuat naik gambar tersebut, mereka telah bertunang lebih awal iaitu pada 6 Mei 2022 berdasarkan tarikh yang diletakkan di video klip khas mengenai pertunangan mereka itu dan juga tarikh yang dinyatakan di laman Instagram.