PUTRAJAYA – Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Sabtu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pelaksanaan pindaan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 itu bagi menambah baik dan memantapkan pengurusan hutan simpanan kekal (HSK) serta penguatkuasaan hutan.