PUTRAJAYA – Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 berkuat kuasa bermula pada 1 Mei 2025, kecuali Bahagian IVA iaitu peruntukan khas berkaitan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja, menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
Kesuma dalam kenyataan berkata, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong telah menetapkan tarikh tersebut sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi kedua-dua akta berkenaan.