PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,642 notis melibatkan nilai kompaun RM1.37 juta sejak Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan dari 1 Oktober hingga 17 Disember lepas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jenis kesalahan tertinggi adalah di bawah Seksyen 16(2), iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dengan 5,271 notis.