KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan dua ciri utama bagi kemudahan Simpanan Shariah dengan akses lebih pantas dan fleksibel untuk ahlinya berkuat kuasa pada 1 April 2025.
Dalam kenyataannya hari ini, dana persaraan itu berkata, penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu manakala tarikh kuat kuasa setiap awal bulan bagi semua ahli yang memilih untuk beralih kepada simpanan terbabit.