SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak masuk 99 warga asing yang tidak mematuhi syarat imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Jumaat.
AKPS dalam kenyataan berkata, kesemua warga asing terbabit gagal melepasi saringan keselamatan dalam satu operasi khas yang bermula pada jam 9.30 pagi.